

Sucikan Diri Dengan Sedekah
Jangan tinggalkan amalan sedekah hari ini!
Kerana kita tidak tahu samada masih berjumpa lagi atau tidak dengan hari Jumaat seterusnya.
Dalam Al-Quran, Allah S.W.T menceritakan bahawa manusia akan menyesal ketika waktu mereka hendak mati kerana kedekut dan berkira dalam bersedekah, sehingga minta pada Allah S.W.T untuk menangguhkan kematiannya supaya mereka boleh sedekahkan segala hartanya.
Apakah sebab manusia akan menyesal dan mahu bersedekah disaat kematian?
Kerana waktu itu, kita baru sedar bahawa hanya dengan sedekahlah dapat cegah kita dari azab kubur,
Dengan sedekahlah dapat buat amalan kita mengalir dalam kubur,
Dengan sedekahlah dapat beratkan timbangan kita di padang mahsyar nanti,
Jadi adakah anda mahu menyesal atau bersedia dengan kematian?
Ingat! berapa ramai yang rasa dia hidup pada esok, tapi telah pergi tanpa bersedia.
Niat sedekah jumaat dan baca doa dibawah :
"Ya Allah yang Maha Penyayang, Aku hambamu yang lemah memohon agar dengan sedekah Jumaatku ini Kau sucikanlah hartaku seminggu ini, Kau ampunkan dosa-dosaku minggu ini, dan kau mudahkanlah segala urusanku minggu hadapan dan berikan aku ketenangan dalam menghadapinya" Amin Ya Rabbal Alamin.
Siapa Yayasan Maghfirah bantu?
1. Golongan Fakir Miskin
2. Golong Orang Kurang Upaya (OKU)
3. Anak-Anak Yatim
4. Ibu Tunggal
5. Peniaga Kecil
6. Pelajar Tahfiz
7. Maahad Tahfiz Al-Maghfirah
Berikut adalah antara projek-projek yang dijalankan oleh Yayasan Maghfirah:
✨Tabung Kebajikan✨
Antara projek di dalam Tabung kebajikan adalah:
✨YM Peduli
Salah satu kepentingan membantu masyarakat yang mengalami kesukaran ekonomi adalah untuk mengurangkan jurang kesenjangan sosial. Ketidaksetaraan dalam pendapatan dan kekayaan boleh menyebabkan masyarakat terpecah dan berpecah-belah. Dengan memberikan bantuan dan sokongan kepada golongan yang memerlukan, kita dapat membantu mereka mengatasi cabaran ekonomi dan memastikan setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk maju dan berkembang.
kempen ini juga membantu meringankan beban pesakit dan warisnya terutama berkenaan kos rawatan atau pasca rawatan tertentu. Iqbal Khalid Iniasiative merupakan projek yang menyediakan dana khusus untuk bantuan-bantuan perubatan kepada golongan yang memerlukan seperti bantuan pembiyaiaan pembedahan, terapi perubatan dan sebagainya.
✨Tabung Pendidikan✨
Antara projek di dalam Tabung Pendidikan adalah:
✨Kelas Sahabat Al-Quran
Sebuah program pendidikan bermodul yang memfokuskan pengajian Al-Quran dan penerapan asas kefahaman islam seperti Ilmu tajwid, tafsir akidah, hadith, ibadah, sirah/tokoh, akhlak dan Modul Amali Solat secara PERCUMA
✨Kelas Sahabat Al-Quran Braille (OKU)
Objektif utama kempen ini adalah untuk menyediakan pengajian Al-Quran yang lebih tersusun untuk manfaat OKU Penglihatan. Kempen ini juga bertujuan demi melahirkan golongan OKU Penglihatan muslim yang cekap membaca Al-Quran Braille dan mampu mengajarkannya kepada golongan OKU Penglihatan yang lain di seluruh Malaysia.
✨Infaq Al-Quran
Semoga keprihatinan, sifat pemurah serta sumbangan ikhlas tuan/puan dibalas oleh Allah dengan sebesar-besar ganjaran, dimurahkan rezeki dan diberikan umur yang panjang berkat sedekah jariah ini.