SUMBANGAN ANDA MUNGKIN MENYELAMATKAN NYAWA MEREKA
EN. ABDUL AZIZ TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN SUSU SEUMUR HIDUPNYA
En Abdul Aziz, 60 tahun hanya bergantung kepada susu sahaja untuk seumur hidupnya...
Tiada lagi makanan selain susu yang boleh dimakan seperti biasa..
1 Tin susu boleh habis dalam masa 1 hari saja
Jadi, 30 tin susu diperlukan untuk sebulan
Harga 1 tin susu ini bukanlah murah Tuan Puan......
Kos untuk membeli susu sahaja mencecah RM1,600 sebulan
Dalam keadaan beliau tiada pendapatan, ini bukanlah mudah untuknya..
PUAN SYAHIRAH MENGHIDAPI PENYAKIT TIBI DI KEPALA DAN TULANG BELAKANGNYA
Puan Syahirah sudah terlantar hampir 2 tahun akibat Tibi di kepala dan tulang belakangnya
Beliau disahkan sebagai OKU fizikal oleh JKM dan tidak dapat duduk
Beliau sangat memerlukan perkhidmatan ambulans untuk mendapatkan rawatan di Hospital
Suaminya pernah dibuang kerja manakala anaknya pula pernah dibuang sekolah kerana terlalu banyak ponteng untuk menjaganya di rumah,
Tetapi, setelah membuat rayuan semula anaknya dapat bersekolah kembali.
PUAN FADILAH LUMPUH SEPARUH BADAN
Puan Fadilah mengalami pendarahan otak yang menyebabkan lumpuh separuh badan
Sukar untuk beliau terima pada awalnya
Hanya anaknya yang menjaga dan membawa beliau ulang alik hospital
Puan Fadilah juga mempunyai seorang anak Autisme
Beliau sangat memerlukan perkhidmatan Ambulans untuk memudahkan perjalanan ke hospital.
Dalam keadaan, anak perempuannya hanya bekerja sebagai guru taska sahaja
Dan perlu membiayai kos rawatan ibunya serta keperluan abangnya yang Autisme
Pendapatan bulanan beliau tidak mampu menampungnya
SIAPA YANG PERNAH KAMI BANTU?
YM serahkan "Suction Machine" buat adik Iman untuk bantu pernafasan yang lebih baik
YM serahkan kerusi roda elektrik kepada adik Aimi yang tidak boleh berjalan
dan ramai lagi..
JOM IKHTIAR BANTU ASNAF YANG MEMERLUKAN
UNTUK TERUS SIHAT
Ayuh bantu ramai lagi asnaf yang memerlukan bantuan perubatan
Semoga dengan sumbangan tuan puan walau sedikit dapat meringankan beban insan yang diuji dengan masalah kesihatan
Dari Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
مَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Maksudnya : Sesiapa yang mempermudahkan ke atas orang yang susah maka Allah akan mempermudahkan urusan dirinya di dunia dan
juga di akhirat.
Riwayat Ibn Majah (2417)
*Lebihan dana akan digunakan untuk bantu golongan asnaf, fakir dan miskin yang memerlukan bantuan perubatan