Daripada Saad bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah, “wahai Rasulullah, ibu saya telah tiada, apakah sedekah paling afdal untuknya?” Rasulullah SAW bersabda, “air…”. Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “ini untuk ibu Saad…”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Yayasan Maghfirah sejak 2020 telah berusaha membantu membekalkan bekalan air bersih untuk saudara-sauadara Muslim yang berada di daerah Pursat, Kemboja.
Dan tahun ini, Kami dari pihak Yayasan Maghfirah akan membantu membekalkan bekalan air bersih yang berada di Mali, Afrika pula.
Insha Allah sumbangan tuan/puan akan membolehkan keluarga saudara seagama kita di sana merasai nikmat air semula setelah sekian lama mereka ketandusan air.
BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI AMAL INI
Tuan & cikpuan ada dua pilihan pakej
1. Pakej infaq bersama penama
2. Pakej infaq tanpa penama
1. Pakej infaq bersama penama
Melalui Pakej Infaq bersama penama tuan/puan boleh meletakkan nama ibubapa, anak-anak, rakan-rakan & insan tersayang.
Kami akan melampirkan :
✅ Gambar
✅ Video perigi bersama penama
✅ Sijil Digital
Contoh penama pada perigi
Sijil para penginfaq untuk Infaq Telaga Afrika
Setiap penginfaq akan dilampirkan video apabila perigi siap kelak

2. Isi butiran nama, email, nombor telefon serta nama penama
berdasarkan had jumlah yang tuan/puan sumbangkan
3. Klik butang HANTAR untuk melakukan pembayaran
4. Kami akan memproses sumbangan dan menghubungi tuan/puan semula melalui whatsapp untuk pengesahan sumbangan dan proses lampiran gambar, video & sijil.
Boleh ke berinfaq tapi tak cukup RM 150? Ya sudah tentu anda juga boleh mendapat ganjaran pahala yang setimpal
Niat utama kami adalah untuk membantu penduduk Muslim di Mali mendapatkan bekalan air bersih. Kami menerima sumbangan walaupun tidak mengikut pakej penama tersebut.
PAKEJ SUMBANGAN TANPA PENAMA ADALAH SEPERTI BERIKUT:
✓ RM 100 (WAKAF PERIGI TANPA PENAMA)
✓ RM 50 (WAKAF PERIGI TANPA PENAMA)
Ada ke perigi untuk saya USTAZ kalau saya menyumbang sebanyak ni? YA JAWAPANNYA ADA..
Buat tuan/puan yang melakukan wakaf tanpa penama, jangan risau perigi buat tuan/puan tetap akan ada setiap penyumbang yang berwakaf jumlah di bawah pakej wakaf 1 hingga 10 penama jumlah sumbangannya akan tetap dikumpulkan untuk membina sebuah perigi khas tanpa penama
Sungguhpun tidak ada penama tapi tuan/puan boleh niatkan di dalam hati:
"Ayah ibu pahala wakaf perigi ini untuk kalian"
Ayuhlah kita bantu saudara Muslim kita yang kesusahan di samping menghadiahkan amal ini kepada ibu bapa tercinta
Jika tuan/puan berniat untuk berwakaf namun tidak mahu mengikut pakej di atas boleh menyumbang sebanyak RM 10, RM 20 atau RM 30 dan sebagainya Ke Akaun Di Bawah:
Nama : YAYASAN MAGHFIRAH
No Akaun : 8603 2214 27
Wajib letak reference "Telaga58”
Jika anda dari luar negara seperti Singapura atau Brunei, boleh infaq perigi melalui kaedah Stripe