Manfaatkan Harta Kita Untuk Orang Lain -

Berkongsi Bersama Raih Pahala Berpanjangan

 

 

Bantu kami biaya lebih 500 orang pelajar

OKU penglihatan belajar Al-Quran




Yayasan Maghfirah dengan kerjasama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) kini dalam usaha mengumpulkan dana bagi mencetak 2400 naskhah Quran braille dan juga kitab-kitab braille khusus untuk golongan OKU Penglihatan Islam di seluruh Malaysia.


Untuk makluman tuan puan, (PERTIS) sebenarnya telah ditubuhkan dan diasaskan sejak 1996 lagi. Ini adalah satu-satunya persatuan OKU yang diiktiraf oleh JAKIM untuk menghasilkan Quran Braille di Malaysia. 


Malahan juga, Quran braille ini mempunyai jangka hayat selama lima tahun dan disebabkan ini perlu dicetak berulang kali agar butiran kod-kod braille tidak kekal hilang setelah disentuh dan boleh diguna pakai semula oleh mereka pada masa akan datang.





Berdasarkan Hadis Nabi saw yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud. Sabda Nabi SAW:




Ramai OKU Penglihatan mengalami masalah ketika sudah berusia. Walaubagaimanapun, ini tidak menjadikan semangat mereka pudar malah terus berusaha untuk mendalami dan mempelajari al-Quran dengan tabah dan sabar.



 Syukur kepada Allah atas usaha keras, berkat kesabaran dan kegigihan beliau untuk membacamempelajari al-quran,
dan menguasai al-Quran iniakhirnya membuahkan hasil yang cemerlang.





Ayuh Tuan Puan, kita terus memberikan sokongan dan perhatian buat mereka. Alangkah indahnya jika kita sama-sama menginfakkan sedikit harta untuk  membantu ribuan saudara kita yang cacat penglihatan untuk mempelajari al-quran.  Hal ini  merupakan salah satu amalan jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran yang besar disisiNya kerana pahalanya tidak akan terputus meskipun orang yang menderma @ mewakafkan itu sudah meninggal dunia. InsyaAllah.


Rasulullah SAW bersabda: 

“Salah satu amal kebaikan yang pahalanya terus terbawa kepada si mati sampai ke alam kuburnya adalah sedekah dan mewariskan (menginfakkan) mushaf Al-Quran

[HR Bukhari]





  Tuan puan boleh memilih sumbangan berdasarkan pakej dibawah mengikut kemampuan tuan puan. Ayuh, rebut peluang keemasan ini untuk meraih saham Akhirat buat kita kelak nanti.

 Al-Quran Braille & Kelas Pengajian Braille

 RM 700

 Senaskhah Al-Quran Braille 

RM 600

 Kelas Pengajian Braille 

RM 100




Semoga keprihatinan, sifat pemurah serta sumbangan ikhlas tuan puan dibalas oleh Allah dengan sebesar-besar ganjaran, dimurahkan rezeki dan diberikan umur yang panjang berkat sedekah jariah ini. 



Jika Tuan/Puan ingin infak seikhlas hati, boleh melalui transaksi secara manual

Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah:


No. Akaun: 8603 2214 27
Penama: YAYASAN MAGHFIRAH
Sila tulis reference: Braille82


Jika Tuan/Puan dari 
luar negara seperti Singapura atau Brunei
Tuan/Puan boleh menyumbang dengan memilih kaedah transaksi kad kredit atau debit melalui Stripe


 NOTA PENTING: AKAD INFAQ

Untuk teruskan wakaf tuan/puan, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:

"Saya dengan ini berinfaq sebanyak (jumlah lot/naskhah yang diinfaq) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada penerima Al-Quran Braille yang diuruskan oleh Yayasan Maghfirah”

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kelas Pengajian + Quran Braille (RM 520)
Infak 1 Quran Braille (RM 420)
Kelas Pengajian Braille (RM 100)
Seikhlas Hati (RM 45)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN